Repository Policies
- 1. Repositori JKSM (JKSM repository) ini dikenali sebagai Repositori Digital ENasyr
- 2. Pemilik Repositori Digital ENasyr adalah hakmilik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
- 3. Pengurusan dan pentadbiran sistem repositori adalah di bawah tanggungjawab Pusat Sumber Maklumat & Penerbitan (BPSMP) dan dibantu oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTMK) bagi perkara berkaitan aspek teknikal ICT.
- 4. Repositori Digital Syariah merangkumi
-
- 4.1 Dokumen (minit mesyuarat, laporan, nota kursus, kertas kerja, tesis/disertasi, artikel, buku etc.)
- 4.2 Audio visual
- 4.4 Slaid
- 4.5 Sumber maklumat dalam talian.
- 5. Semua bahan repositori perlu didigitalkan sepenuhnya (full text)
- 6.Semua bahan repositori mestilah boleh dicapai:
-
- 6.1 Warga Jabatan Kehakiman Syariah: Kebolehcapaian teks penuh (full text)
- 6.2 Pengguna Awam: Kebolehcapaian abstrak
- 7. Warga JKSM boleh menyerahkan maklumat/karya dalam bentuk digital atau bercetak kepada Perpustakaan bagi tujuan muat naik di dalam repositori. Warga JKSM juga boleh dengan sendiri muat naik maklumat/karya di dalam repositori.
- 8.Isu-isu yang berkaitan dengan hakcipta tertakluk kepada undang-undang, akta dan peraturan sedia ada.
- 9. Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan ((BPSMP) tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa salahlaku hakcipta yang dilakukan oleh depositor.
Pusat Sumber Maklumat & Penerbitan (BPSMP)
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Aras 3, Kompleks Islam Putrajaya
Presint 3, 62000 Putrajaya.